smk tengku temenggong ahmad

Sunday, January 31, 2010

terima kasih..

hai assalamualaikum..hui dh hilang dah semua kepenatan tempoh hari...ok kali ni syan nak ucapkan terima kasih kepada semua pelawat yang telah melawat ke blog kami..saya harap tiada sebarang kecatatan yang terdapat di blog kami jikalau terdapat sebarang kecatatan atau yang tidak begitu menarik dan jika anda semua mempunyai sebarang idea yang menarik silalah komen dan berikan pendapat anda yang bernas itu untuk kami memantapkan lagi blog ini...ok lah hari pun dh jauh malam ni saya masuk tidur dulu,,salam 1 malaysia

Friday, January 29, 2010

hui penat!!

hai hai penat sungguh hari ini kami semua telah selasai menjalani aktiviti merentas desa yang berlansung dengan gilang gemilang nyerk..di samping itu pada hari tersebut adalah hari lahir salah seorang cikgu yang telah berbakti untuk kelab kami iaitu cikgu Mazlah,so dengan ini saya sebagai wakil kelab drama mengucapkan happy brithday kepada cikgu semoga sihat,panjang umur dan di murahkan rezeki...

Thursday, January 28, 2010

lama x tak kongsi..

Hai assalamulaikum lama tak kongsi cerita baru...ok nak cte ni pada hari esok sekolah kami akan mengadakan aktiviti merentas desa...best aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan sekolah kami,semua warga sekolah wajib menyertai aktiviti ini sebelum aktiviti kejohanan hari sukan sekolah...errmmmm pada minggu depan dah mula aktiviti kokurikulum dan merupakan perjumpaan pertama untuk semua ahli kelab drama selepas sesi audition dan kali pertama bagi sesi 2010..

Sunday, January 24, 2010

Sultan Johor ke-5



pada tangagal 23 januari 2010 tengku Ibrahim telah di tabalkan sebagai sultan Johor yang ke-5 dalam sejarah Johor moden,baginda adalah seorang sultan yang berjiwa rakyat,sebelum di tabalkan sebagai sultan Johor bagi sering mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti kembara mahkota johor yang telah bermula sejak tahun 2001 dan ia telah menjadi aktiviti tahunan yang akan berlangsung dengan gemilangnya...

Saturday, January 23, 2010

aktiviti merentas desa

aktiviti merentas desa yang sepatutnya belangsung pada hari ini di smk tengku temenggong ahmad terpaksa di batalkan oleh kerana kemangkatan sultan johor...mungkin akan di tunda pada hari yang berikutnya setelah tamat tempoh berkabong....

Friday, January 22, 2010

Biodata almarhum DYMM Sultan Iskandar

DYMM Sultan Johor


DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad

Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad berasal dari keluarga Diraja Kelantan
Diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.
Baginda mula mendapat pendidikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada tahun 1946.
Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari tahun 1950 hingga 1952
Baginda meneruskan pelajaran di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas.
Baginda telah berangkat ke England dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight
Dengan daya usaha baginda sendiri, baginda telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama Majlis Wanita Negeri Johor atau ringkasnya MAWAR.
Pada masa lapang, baginda gemar beriadah, menunggang kuda, bermain golf, tenis dan membaca.

al-fatihah


kami di ahli kelab drama berasa sedih kerana kemangkatan sultan johor yang sangat berjiwa rakyat...Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini. Rakyat dan penduduk Johor diminta berkabung mulai esok selama 7 hari . Bendera Johor akan dinaikkan separuh tiang, lelaki Melayu berkabung dengan memakai lilitan putih bersaiz 2 inci di songkok dan perempuan Melayu di Johor memakai tudung putih. Bagi bangsa lain dan mereka yang beruniform berkabung dengan memakai lilitan kain berwarna hitam bersaiz 3 inci di lengan kiri. Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan pada hari esok.
Jenazah akan disemayamkan di Dewan Besar Istana Besar JB esok Rakyat Johor boleh membuat penghormatan terakhir mulai 9 pagi sehingga 1030 dan mulai pukul 1100 pagi -1200 adalah waktu penghomatan terakhir bagi orang kenamaan. Almarhum akan dimakam di makam diraja Makam Mahmodiah esok pada pukul 2 petang.semoga allah mencucuri rahmat kapada roh baginda...

Thursday, January 21, 2010

Widgeo.net : Flash Counters, widgets, flash tools, animations

Widgeo.net : Flash Counters, widgets, flash tools, animations

sedih :(

huhuhuhuhuuhuk...sedihnya apabila rancangan kami untuk ke aswara terpaksa di tunda ke bulan lima oleh sebab masalah tertentu yang di hadapi...

Tuesday, January 19, 2010

Audition

Hai semua seperti yang di janjikan saya telah uploadkan gambar semasa audition kelab drama berlangsung selama satu hari di bilik muzik smktta,lihatlah aksi peserta dan tidak kurangnya dengan abang dan akak senior kelab drama ni... "SEMASA PENGUNGUMAN BERLANGSUNG"
"HA NI PUN SAMA BOLEH BERGAMBAR LAGI"

"HAI SENIOR KITA DUA ORANG NI DIA PULAK YANG LEBIH"


"HAI PENING KEPALA SENIOR KITA NI NAK PILAIH YANG BETUL-BETUL BERBAKAT"
"HA NI TEAM GANGSTER MANA PULAK NI "
"KUSYUK SUNGGUH MEREKA SEMUA NI"
"SEDANG MENUNGGU GILIRAN"
"HUH KAN DAH KENA TENGKING HIHHHIHIK"
"HAI APALAH YANG DI LAKONKAN TU DIK"

"TENGOK SAJALAH KEBOLEHAN ADIK KITA SORANG NI"

Monday, January 18, 2010

tunggu ye...

hai salam satu malaysia...saya akan share ar nanti gambar-yang menarik semasa sesi pemilihan di adakan anda semua dapat melihat gelagat junior peserta-peserta ini membuat persembahan..memang menarik dan sangat keatif..ermmm mungkin dalam minggu ny tapi belum pasti lagi hihihihihi...

Thursday, January 14, 2010

ASWARA

hai kami berasa bangga pada hari ini apabila kelab kami telah di jemput untuk melihat persembahan teater olah pihak ASWARA...kemungkinan kami akn bertolak pada 29 jan 2010...teater yang akn di persembahkan ialah mengenai sejarah

Tuesday, January 12, 2010

selamat tinggal


hari ini kelab kami kehilangan seorang ahli..kerana beliau akan berpindah di sekolah lain..sedih rasanya...tapi apa-apa pun kami harap dia selesa dengan sekolah baru dan ahli kami yang lain akan teruskan perjuangan di kelab ini tanpa beliau...chee min yg tengah tu...


............good bye chee min.........





~love ahli kelab drama smktta~

Monday, January 11, 2010

erm...ble agak nyerk..

hai ble lah nk mule untuk latihan drama ni..bsan

Saturday, January 9, 2010

sesi pemilihan


pada hari khamis haritu kami telah mengadakan audition untuk pelajar tingkatam satu..kami telah membahagikan kepada sepuluh kumpulan macam-macam ragam kami dapat kami lihat ada yang memang berbakat dan ada yang macam kayu..apa-apa pun kami semua terhibur dengan persembahan mereka semua..yang paling membanggakan budak-budak ni kami cuma memberi panduan hanya sedikit tetapi mereka dapat melakukan dengan baik sekali..14 yang terbaik telah kami pilih untuk menjadi ahli kelab kami..


~bergambar bersama guru dan senior kelab drama selepas sesi pemilihan~

selamat datang


asalammualaikum..saya sebagai salah seorang ahli kelab drama smk tengku temenggong ahmad ingin mengucapkan selamat datang kepada junior-junior semua korang memang seorang berbakat..dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi kerja sama semasa sesi pemilihan pada tempoh hari..taniah kepada yang terpilih yang tidak terpilih jangan berkecil hati lain kali boleh mencuba...



~sesi bergambar setelah terpilih~

About Me

My photo
ledang, Smk tengku temenggong ahmad, Malaysia
kelab ini telah aktif pada bulan 2.2009..kelab ini telah menyertai 2 pertandingan drama english pada peringkat zon dan daerah ledang-muar..pada peringkat penubuhannya kelab ini kami telah merangkul kejayaan sebagai juara dan ini telah membangkitkan semangat kami semua...setelah itu kami aktif untuk majlis di sekolah..dan pada tahun ini 2010 kelab kami telah di tubuhkan secara rasmi di smk tengku temenggong ahmad...kami mensasarkan kejayaan untuk kali yang kedua di peringkat daerah dan negeri johor

ahli kelab drama dan kawan

halwa telinga