DYMM Sultan Johor
DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad
Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad berasal dari keluarga Diraja Kelantan
Diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.
Baginda mula mendapat pendidikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada tahun 1946.
Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari tahun 1950 hingga 1952
Baginda meneruskan pelajaran di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas.
Baginda telah berangkat ke England dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight
Dengan daya usaha baginda sendiri, baginda telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama Majlis Wanita Negeri Johor atau ringkasnya MAWAR.
Pada masa lapang, baginda gemar beriadah, menunggang kuda, bermain golf, tenis dan membaca.

0 comments:
Post a Comment