kami di ahli kelab drama berasa sedih kerana kemangkatan sultan johor yang sangat berjiwa rakyat...Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini. Rakyat dan penduduk Johor diminta berkabung mulai esok selama 7 hari . Bendera Johor akan dinaikkan separuh tiang, lelaki Melayu berkabung dengan memakai lilitan putih bersaiz 2 inci di songkok dan perempuan Melayu di Johor memakai tudung putih. Bagi bangsa lain dan mereka yang beruniform berkabung dengan memakai lilitan kain berwarna hitam bersaiz 3 inci di lengan kiri. Segala bentuk hiburan dan permainan dibatalkan pada hari esok.
Jenazah akan disemayamkan di Dewan Besar Istana Besar JB esok Rakyat Johor boleh membuat penghormatan terakhir mulai 9 pagi sehingga 1030 dan mulai pukul 1100 pagi -1200 adalah waktu penghomatan terakhir bagi orang kenamaan. Almarhum akan dimakam di makam diraja Makam Mahmodiah esok pada pukul 2 petang.semoga allah mencucuri rahmat kapada roh baginda...

0 comments:
Post a Comment